Misi dan Visi MGC Daerah Kluang

MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH KLUANG

Matlamat MGCK

Menjadi pertubuhan yang aktif dan berkesan dalam meningkatkan profesionalisme Guru Cemerlang dan guru-guru daerah Kluang serta meningkatkan prestasi akademik sekolah-sekolah daerah Kluang.

Moto/Slogan MGCK

“Mengangkat Kecemerlangan Berterusan”


Visi MGCK

MGCK menjadi pertubuhan yang aktif dan berkesan menjelang 2011

Huraian Visi :

• Pertubuhan aktif - giat merancang dan melaksanakan kegiatan akademik yang boleh membantu peningkatan prestasi pelajar, prestasi sekolah serta meningkatkan kecekapan, kemahiran serta pengetahuan guru-guru Kluang. Visi boleh dicapai melalui kreativiti dan inisiatif Guru Cemerlang menghasilkan bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran untuk pelajar dan guru, mengadakan bengkel profesionalisme guru, program pemuafakatan dan kaloboratif antara sekolah dan daerah.
• Pertubuhan berkesan – boleh meningkatkan prestasi pelajar di peringkat sekolah dan negeri dalam peperiksaan awam. Berupaya meningkatkan kecekapan dan kemahiran profesionalisme guru dalam P&P dan pengurusan panitia mata pelajaran.


Misi MGCK

• Melaksanakan program melebarkan pengalaman P&P kepada guru-guru daerah Kluang dalam usaha memantapkan P&P guru.
• Usaha secara kaloboratif dengan pelbagai agensi pendidikan di negeri Johor seperti UTM,UITM,IPTHO,KUHITO dll.
• Membantu menjayakan program-program akademik dan profesionalisme Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Jemaah Nazir Sekolah Negeri Johor.
• Meningkatkan keilmuan dan kemahiran Guru Cemerlang dalam pelbagai aspek kurikulum, kepimpinan dan P&P sebagai pengkayaan untuk membimbing guru.


Objektif MGCK


• Meningkatkan kecekapan dan kemahiran P&P Guru Cemerlang.
• Menjalin kerjasama dan pemuafakatan yang lebih erat dan berkesan dengan pelbagai agensi pendidikan di negeri Johor
• Memastikan Guru Cemerlang memberi komitmen yang tinggi terhadap program-program MGCNJ, JPN, PPD dan sekolah-sekolah sekitar daerah Kluang.